Pelakon dan penyanyi, Kilafairy, 28, menarik perhatian netizen selepas memuat naik foto throwback ketika di zaman kanak-kanak.
Foto yang dimuat naik Kila menerusi akaun Instagram miliknya pada 16 Februari itu turut disertakan dengan kapsyen berbunyi “The 3 year old dikkila”.
https://www.instagram.com/p/B8n1Q1jB87E/
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya serta rakan artis memberikan pujian kerana terpegun dengan kecantikan pelakon itu sejak usianya kecil.
Sedikit info mengenai Kila atau nama lengkapnya Syakila Nisa binti Jahangir Khan, dia merupakan anak kepada penyanyi veteran terkenal, Rohana Jalil dan mula bergiat dalam industri hiburan sekitar tahun 2010 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.
Post comments (0)