Selesai sudah majlis pernikahan dan resepsi Mira Filzah bersama jejaka pilihan hatinya, Wan Emir Astar minggu lalu. Pasangan itu masih lagi hangat diperkatakan di rata-rata laman sosial dan laman hiburan. Namun ada pula isu yang timbul tentang Zizan Razak apabila ada netizen-netizen yang memuat naik foto lama Zizan sebagai bahan jenaka.
https://twitter.com/__noor9/status/1302113247206670340
“If u want to get married, take a picture with zizan”
Foto itu dimuat naik oleh seorang pengguna di Twitter yang mengimbau kembali foto Zizan Razak, yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan Juliana Evans, Emma Maembong dan Mira Filzah.
Zizan sebelum ini pernah dikaitkan dengan selebrit-selebriti wanita ini, akan tetapi jodoh tidak kesampaian bersama mereka.
Meskipun ramai yang menjadikannya bahan jenaka, namun ada yang tampil meluahkan rasa simpati kepada pelawak itu yang mengatakan bahawa mungkin dia sudah mencuba namun tiada jodoh antara Zizan dan artis-artis berkenaan.



Sehingga kini, Zizan tidak memberikan sebarang komen atau respon terhadap kata-kata netizen.
It’s okay Zizan, mungkin Allah tak berikan sekarang, tetapi mana tahu nanti ada yang lebih baik akan datang untuk Zizan?
Post comments (0)