
Setakat ini tiada pasukan di Piala Dunia 2026 yang berjaya menemui formula untuk menyekat ketajaman Erling Haaland yang dilihat hampir mustahil dihentikan.
Haaland yang sudah meledakkan tujuh gol dalam empat perlawanan bersama Norway, termasuk dua gol pada babak kedua ketika membantu pasukannya menewaskan Brazil pada pusingan 16.
Ia menjadi bulan yang cukup bermakna buat Norway yang kembali beraksi di pentas Piala Dunia buat kali pertama sejak 1998, dengan…