Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Fuh! Imej Terkini YB Khairy Jamaluddin Persis Pelakon

today3 October 2019

Background

Kalau dulu kita tengok YB Khairy Jamaluddin sentiasa aktif menerusi laman media sosial di semua platform dengan aktiviti yang dilakukan serta pelbagai inisiatifnya, namun kebelakangan ini sukar nampak bayang.

Kemungkinan YB kini agak sibuk menguruskan hal-hal yang lain ataupun sedang fokus dengan perkara yang harus diberi tumpuan selain keutamaan keluarga sehingga tidak sempat mengemas kini laman sosial miliknya kan?

Umum mengetahui bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin ini empunyai perwatakan mesra dan selamba, jadi tidak hairanlah kalau beliau sentiasa menjadi perhatian golongan anak muda.

Terbaharu, ahli Parlimen Rembau tersebut tular dek kerana menjadi penghias muka depan sebuah majalah tempatan bagi edisi bulan September yang ternyata memaparkan personalitinya nampak dari sudut berbeza.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tampil dengan gaya maskulin, ahli politik berusia 43 tahun itu kelihatan seperti membawa watak yang persis seorang pelakon.

Bagaimanapun, menerusi laman Instagram seorang stylist pula memaparkan sisi lain KJ yang turut menampakkan jejaka ini tak ubah seperti pelakon.

https://www.instagram.com/p/B2fpvcggBQX/

Gambar tersebut berjaya mengundang perhatian ramai di laman Facebook dengan memberikan pelbagai reaksi yang rata-rata memuji ketampanan KJ.

Written by: Azra Azuar


Previous post

Geng Pagi Hot

GPH: Challenge Bulan Sukan Negara!

Sempena Bulan Sukan Negara ni, GPH dapat challenge baru guys! Diorang kena exercise setiap pagi dengan barang yang diorang pilih selama sebulan. Sebulan guys sebulan. Tak sabar betul nak tengok macam mana diorang buat challenge ni hahahaha. Tapi dengar cerita Shuk salah pilih barang weh. Macam mana la Shuk nak exercise selama sebulan tu. Korang pun jangan lupa bersukan okay & jangan lupa tengok video ni di Youtube Hot TV!

today3 October 2019

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *