
KUALA LUMPUR: Pemimpin politik dilaporkan sibuk hari ini dengan bermulanya rundingan menjalin pakatan untuk menubuhkan kerajaan persekutuan campuran.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin, yang gabungannya membuat kejutan selepas memenangi sejumlah besar kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15), menjadi fokus utama pagi tadi susulan pertemuannya dengan ahli politik dari blok Borneo.
Tumpuan kemudiannya beralih kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamidi dan pemimpin Umno lain yang mengadakan mesyuarat tergempar Biro Politik tengah hari tadi.
Pada malam pula, media bergegas ke rumah Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim, susulan khabar angin berhubung pertemuannya dengan Zahid bagi membincangkan kerjasama antara BN dan PH.
Pemimpin politik mempunyai masa sehingga…