
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor, Perak, Melaka dan Kelantan mencatatkan penurunan malam ini.
Angka mangsa banjir yang berlindung di PPS di Johor pula kekal, walaupun cuaca dilaporkan cerah di beberapa daerah hari ini.
Di Selangor, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Angkatan Pertahanan Awam melaporkan setakat 8 malam tadi, jumlah mangsa banjir di negeri itu terus merekodkan penurunan kepada 637 mangsa daripada 172 keluarga berbanding 886 individu membabitkan 233 keluarga pagi tadi.
Sebanyak 13 PPS masih dibuka, iaitu enam di daerah Sepang, masing-masing tiga di Kuala Selangor dan Kuala Langat, manakala satu di Klang.
Di Perak, mangsa banjir di seluruh negeri menurun kepada 864 orang daripada 243 keluarga setakat 8 malam berbanding 920 orang daripada 263 keluarga pagi tadi.
Semua…