Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Gadis Ini Jumpa & Kongsi Buku Resepi Nenek Dalam Tulisan Jawi!

today15 May 2020

Background

Orang putih kata Old But Gold!

Itulah pepatah yang menggambarkan sesuatu perkara atau barang tinggalan lama yang disimpan pada zaman datuk dan moyang kita, kemudian diguna pakai sehingga kini.

Begitulah yang terjadi pada seorang gadis bernama Zati yang berkongsi buku resepi tinggalan neneknya itu menerusi laman Twitter miliknya baru-baru ini.

Menariknya tentang buku resepi arwah neneknya itu apabila allahyarhamah menggunakan tulisan jawi serta menulis resepi-resepi yang popular ketika ini termasuklah cheese cake dan spaghetti bolognese.

Sehingga kini, ciapan tersebut telah menerima lebih daripada 1,000 perkongsian selain respon yang positif daripada netizen yang antara lain meminta gadis berkenaan untuk mengimbas kembali (scan) buku tersebut kerana ia amat berharga.

 

Written by: Azra Azuar

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *