Menerusi video yang dimuat naik oleh @mizi_comel, kelihatan gadis Korea itu sedang berada di sebuah pasar malam sambil gelagatnya dirakam ketika ingin membeli makanan.
Apa yang melucukan adalah apabila dia ingin membeli lempeng, namun tersalah sebut jadi lempang membuatkan ramai tergelak.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila mak cik yang menjual lempeng itu dilihat sangat peramah dan fasih berbahasa Inggeris dengan gadis berkenaan untuk memlih menu apa yang special di gerainya.
Malah, mak cik itu siap ingin memberikan lempeng percuma kepada gadis Korea tersebut. Budi pekertinya telah membuatkan ramai memuji mak cik tersebut.
Ternyata, lempeng itu memang sedap dan gadis tersebut sangat menyukainya lebih-lebih lagi apabila dicicah dengan sambal ikan bilis.