Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Gagal guling kerajaan negeri, ‘lanun, penjarah’ wajar disingkir, kata pemimpin GRS

today5 January 2023

Background



Khabar angin mengatakan kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Hajiji Noor bakal tumbang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyelar mereka yang terlibat dalam cubaan menggulingkan Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor.

“Cubaan (rampasan kuasa) ini kerja lanun dan penjarah. Cukup-cukuplah. Mereka mesti disingkirkan,” kata pemimpin yang enggan dinamakan itu.

“Kini (identiti) mereka telah didedahkan. Semua orang di Sabah tahu siapa yang cuba menggulingkan Hajiji. Mereka ini ‘desperado’.”

Katanya, walaupun cubaan rampasan kuasa itu gagal kali ini, beliau tidak menolak kemungkinan pihak berkenaan akan cuba melakukannya lagi pada masa akan datang.

“Mereka mesti faham bahawa tindakan yang mengancam kestabilan politik Sabah akan memberi kesan terhadap kestabilan kerajaan perpaduan di Putrajaya.

“Saya tidak rasa ini sesuatu yang dikehendaki Perdana Menteri Anwar…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Robin Augustin


Previous post