Siapa saja yang tak kenal dengan pelawak terkenal Malaysia ini iaitu Zizan Razak. Baru-baru ini nama Zizan trending di malam ambang kemerdekaan, tetapi bukan kerana isu kebangsaan, tetapi kerana komen ‘nakal’ nya terhadap penyanyi kumpulan Kpop terkenal iaitu Jennie BLACKPINK.
Jennie dilihat memuat naik gambarnya di laman sosial Instagram @jennierubyjane memakai baju, seluar jeans dan dilihat ternampak sedikit seluar dalam nya.
Zizan turut meninggalkan komen di gambar itu, mungkin hanya mahu bergurau mengenai seluar dalam dipakai Jennie, bagaimanapun komen Zizan itu mengundang kecaman netizen.
Rata-rata netizen mengecam pelawak itu dan menyifatkan tindakannya itu tidak menjaga sensitiviti. Malah, netizen juga mengatakan komen Zizan itu memalukan dan seolah tidak menghormati wanita.

Dalam pada itu, hasil tinjauan mendapati Zizan sudah pun memadam komen berkenaan. Sehingga kini masih tiada penjelasan lanjut daripada Zizan mengenai tindakannya itu.
Post comments (0)