Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Gara-Gara Nombor Plat, Shakilla Khoriri Didakwa Orang Singapura… Berang Bila Dihalang Isi Minyak

today4 November 2024

Background

Pelakon, Shakilla Khoriri meluahkan rasa berang apabila ada individu menghalangnya daripada mengisi petrol di sebuah stesen minyak gara-gara plat nombor keretanya.

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Shakilla atau nama lengkapnya Nurul Shakilla Mohd. Khoriri, 35, tidak berpuas hati terhadap individu tersebut yang dianggap sebagai tin kosong.

“Aku memang ada isu dengan orang yang rasa diri tu paling betul dan bijak pandai. Mencari salah orang tapi diri sendiri pun tin kosong.

“Pagi tadi selepas hantar Ameena ke sekolah, aku berhenti isi petrol dekat Petronas Bukit Subang, Denai Alam. Lama tunggu giliran nak isi minyak, bila ada satu kereta di depan dah selesai aku pun pergi.

“Dia pandang dari jauh dan sebelum pergi, dia beritahu staf Petronas jangan bagi aku isi minyak sebab ingat aku orang Singapura.

“Staf cakap ‘kakak! tak boleh isi minyak sini sebab abang pakai Velfire putih kata awal bukan orang Malaysia’,” ujarnya.

Tidak dapat mengawal perasaan, Shakilla menegaskan plat kenderaannya itu telah didaftarkan di Malaysia, bukan dari negara jiran seperti.

“Bukan ke nampak bodoh? Kereta besar, otak kosong. Sebelum nak tegur, pastikan ada ilmu. Tak pasal, pagi-pagi nampak bodoh. Ke tak pernah pergi Sabah Sarawak? Plat SK ni Singapura ke?,” soalnya.

Written by: Aqilah


Previous post