Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Gara-Gara Nyanyian Dikritik, Abby Abadi Pertahankan Fazura

today6 November 2024

Background

Meskipun ramai yang mengkritik mutu nyanyian pelakon jelita, Nur Fazura ketika mendendangkan lagu duetnya bersama bekas suami, Fattah Amin berjudul ‘Bertahan Demi Cinta’ di Indonesia baru-baru ini, aktres sensasi Abby Abadi tampil mempertahankan usahawan tudung itu.

Kata Abby menerusi hantaran di ruangan Instagram Story, nyanyian tular tersebut tidaklah sumbang seperti yang didakwa, memandangkan lagu tersebut sepatutnya dinyanyikan secara duet dan hanya menggunakan minus one kosong.

Malah, Abby memahami bahawa kehadiran Fazura ke program tersebut hanyalah sekadar tuntutan kerja.

“Okay je comel Fazura nyanyi. Lagu duet nyanyi berdua buakn senang nak dinyanyikan sorang-sorang. Lagi pula guna minus one kosong. Kira okay lah ni. Bukan pergi bertanding pun.

“Banyaknya yag mencaci maki Fazura… Dia ke sana dipanggil kerja, tentu ada bayaran. Silap-silap dibayar dengan USD. Kau orang maki-maki dapat apa?

“Dah tak suka tu semua serba tak kena. Istighfar banyak-banyak okay,” katanya.

Tidak habis disitu, menerusi hantaran yang berlainan pula, Abby atau nama penuhnya, Arbaiyah Abdul Manan, 46, sempat menitipkan pesanan terhadap segelintir netizen agar sentiasa beringat dalam meninggalkan komen atau mencaci maki orang lain.

“Nak tulis apa pun hak masing-masing. Tapi, beringatlah okay… semua pun akan mati. Segala perbuatan kita terkait dengan dosa dan pahala.

“Rasa-rasa maki caci orang ikut suka tu sempat tak nak minta maaf nanti,” ulasnya.

Terdahulu, Fazura tampil membuat kemunculan pada program yang diadakan di Indonesia bagi mempromosikan lagu terbaharunya berjudul ‘Bertahan Demi Cinta’.

Bagaimanapun, nyanyiannya ketika program tersebut mendapat pelbagai respons daripada netizen yang rata-ratanya mengkritik suara aktres terkenal itu.

Written by: Salma


Previous post