Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Gara-Gara Stroke, Bapa Dikejarkan Ke Hospital.. Ayda Jebat Mohon Doa

today14 June 2024

Background

Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat memohon semua mendoakan bapanya kembali sembuh akibat diserang angin ahmar atau stroke.

Berita tersebut dikongsi Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat menerusi perkongsian di Instagram (IG) dengan memaklumkan bapanya kini berada di hospital.

Pelantun lagu Pinjamkan Hatiku itu turut berkongsi keadaan terkini bapanya itu yang dikatakan sudah tidak boleh bercakap.

“Assalamualaikum semua. Doakan papa saya supaya cepat sembuh daripada penyakit beliau.

“Sekarang papa berada di hospital akibat stroke. Sudah tidak boleh bercakap.

“Doakan dia semua. Amin. Terima kasih semua,” kongsinya.

Ayda Jebat

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini! 

Written by: Aqilah


Previous post