Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Gara-Gara Tersungkur, Dahi Anak Niena Baharun Berparut

today31 March 2020

Background

Siapa yang pernah menonton drama Jangan Benci Cintaku sudah tentu kenal dengan pelakon yang membawa watak perempuan jahat, Husna iaitu Datin Niena Baharun.

Sejak melahirkan anak pertama pada 25 Oktober 2018, Niena yang merupakan isteri kepada usahawan, Datuk Aliff Firdaus memperlahankan karier seninya demi memberi fokus terhadap putera kesayangan, Adiel Mikael.

Pada 30 Mac lalu, Niena mendedahkan kisah disebalik parut yang kelihatan jelas di dahi Adiel.

Perkara itu dikongsikan menerusi laman Instagram miliknya.

https://www.instagram.com/p/B-Wp9uLlQzi/

“Daddy cakap biasalah anak boy tengah lasak. Tapi mommy risau parut tu macam mana nak hilang ?
.
Tapi takpe asalkan, @adielmikael okay. Petang semalam al kisah nya dia tersungkur dekat tepi bucu lantai, dahi yang terkena dulu. Sebelum tu dah ada benjol dekat tempat yang sama akibat terhantuk dengan pintu sebab duk main celah celah langsir. ? Sabar jelah.. Nasib baik luka tk teruk sangat.
.
Harap harap selepas kejadian ni, Adiel Mikael makin behave. ???,” tulisnya.

Alolo…kesian dia! Semoga Adiel cepat sembuh okay?

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *