Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Gaya Baju Nora Danish Dikecam Netizen – “Pakai Rompers Baby Ke Tu?”

today20 September 2022

Background

Pelakon jelita Nora Danish sekali lagi menerima kritikan netizen akibat penampilan ‘seksinya’ yang dianggap seperti memakai pakaian bayi.

Aktres drama bersiri Puteri itu memuat naik sebuah video pendek di Instagram miliknya memaparkan dirinya berpakaian baju putih lengan panjang namun belah tepi kiri dan kanan yang boleh dikatakan seperti baju renang dan dipadankan dengan seluar.

Hantaran Nora itu meraih perhatian netizen yang berkata fesyen Nora itu yang mendakwa dirinya sengaja membuktikan bentuk badannya kini semakin kurus.

“Yer, kami tahu Kak Nora sayang kurus langsing lagi cantik menawan,” katanya.

Sementara itu, berdasarkan pemerhatian XTRA terdapat seorang netizen yang mempersoalkan pemilihan baju aktres berusia 40 tahun itu yang dilihat seperti ‘rompers’ bayi.

“Pakai rompers ke tu?” tulis netizen berkenaan.

Ramai dalam kalangan netizen yang terhibur dengan komen tersebut dan memikirkan perkara sama.

Turut sama terpegun melihat kejelitaan Nora, aktres versatil Mimi Lana memuji baju yang dipakai Nora.

“I love that top,” katanya.

Bagaimanapun, Nora sebelum ini pernah bersuara isu dikecam netizen akibat seksi ini yang berkata mereka (netizen) berhak untuk memberi sebarang pandangan mengenainya.

Artikel Berkaitan: “Mereka Ada Hak Untuk…” – Sering Dikritik Imej Seksi, Nora Danish Tampil Beri Respons!

Written by: Salma


Previous post