Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

Gayakan Seluar Bomba di Konsert, Ayda Jebat Berjaya Tarik Perhatian Penonton!

today27 August 2019

Background

Sebelum ini, terdapat berita mengenai Ayda Jebat yang popular menerusi lagu Pencuri Hati mengatakan dia membuat persembahan atas kapal terbang.

Ini sekaligus menunjukkan selebriti serba boleh itu sememangnya berbakat besar dan fokus terhadap kerjayanya selain apa yang dilakukan adalah “on track” 

Terbaharu, artis comel ini telah memuat naik fotonya bersama beberapa orang penari memakai seluar mirip anggota bomba di laman Instagram dan telah menarik minat netizen untuk mengetahui sebab utama Ayda berpakaian seperti itu.

https://www.instagram.com/p/B1kyo9kAoxS/?utm_source=ig_embed

Dia juga telah menyertakan satu lagi posting video dengan latar belakang lagu sambil memakai seluar yang sama.

Ayda turut menyertakan sekali kapsyen seperti berseloroh yang membuatkan ramai peminatnya meninggalkan komen diruangan itu.

https://www.instagram.com/p/B1oRdn9gqMs/?utm_source=ig_embed

Menerusi muat naik daripada Instagram rasmi peminatnya iaitu AJscreamer, kostum sebegitu telah dipakai semasa mengadakan persembahan di sambutan ulang tahun penubuhan sebuah pusat beli belah yang ke-20 tahun.

Dengan menyanyikan lagu Temberang, Ayda dilihat begitu berkeyakinan di atas pentas.

https://www.instagram.com/p/B1pyMFtgLa5/?utm_source=ig_embed

Written by: Azra Azuar


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *