
PETALING JAYA: Sehari selepas laporan guru besarnya tinggal dalam stor selama tiga tahun disiarkan, Kementerian Pendidikan berkata kos penambahbaikan kemudahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Ansuan, Telupid, Sabah, diluluskan sebanyak RM12.5 juta.
KPM memaklumkan kerja pembinaan melibatkan blok akademik dan pentadbiran serta kemudahan lain termasuk pembelian perabot sedang rancak berjalan.
Selain itu, KPM berkata pembinaan empat unit kuarters baharu di SK Ulu Ansuan juga diluluskan semasa pembentangan Belanjawan 2024.
“Semua projek penambahbaikan dan kemudahan di SK Ulu Ansuan melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM12.5 juta.
“Bagi penyelesaian jangka pendek kediaman guru di sekolah itu pula, KPM telah siap melaksanakan projek selenggara kuarters dengan peruntukan RM200,000,” katanya dalam kenyataan, menurut Bernama.
Dalam…