Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Gelagat Rayyan Panggil Siti Nordiana Macam Kawan Buat Peminat Tawa! – “Bertuah Punya Anak”

today16 January 2023

Background

Penyanyi Siti Nordiana yang mesra disapa Nana bersama anak lelakinya, Muhammad Rayyan Nakhaie tular di TikTok kerana gelagat ‘gila-gila’ mereka berdua.

Menerusi perkongsian itu, Nana telah dimarahi oleh Rayyan kerana asyik bermain air di salah satu pusat peranginan sehingga lupa untuk pulang ke bilik.

“Siti Nordiana balik rumah sekarang pukul berapa dah ni, pergi mandi,” kata Rayyan.

Dalam pada itu, Nana mengakui dirinya lebih teruja berbanding anak lelakinya dan bergegas pulang dengan cepat untuk menunaikan solat.

“Mak pula yang over, anak hahahah. Nak sembahyang cepat,” kata Nana.

Menjengah ke ruangan komen, wargamaya  terhibur melihat gelagat dua beranak terbabit.

Ada yang juga warganet berkongsi pengalaman yang sama ketika ibu mereka tidak pulang ke rumah kerana melepak di rumah jiran.

“Rayyan boleh apply guru disiplin ni.”

“Sama macam aku panggil mak aku bila lekat rumah jiran, tak balik.

“Kadang-kadang kalau mama aku menyembang sampai lupa memang aku panggil nama penuh,” komen peminat.

Written by: Salma