Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Gelandangan didakwa bunuh rakan

today31 December 2024

Background


MURDER SUSPECT AIMAN ABDULLAH
Aiman Abdullah diiringi anggota polis di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR: Seorang gelandangan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh rakan gelandangannya, bulan lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan oleh tertuduh, Aiman Abdullah, 39, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Farah Nabihah Muhammad Dan berikutan kes berkenaan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa menyebabkan kematian lelaki, P Saravanan, 45, di bawah jambatan berhampiran Jalan Tun Sambathan di Brickfields sekitar 10 malam, 23 November lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh digantung sampai mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan tidak kurang 12 kali sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amritpreet Kaur Randhawa manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 19 Feb depan untuk sebutan semula kes.

Polis pada mulanya…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Faisal Asyraf


Previous post