Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Gemuruh Nyanyi Live, Warganet Puji Muka Chombi Glowing – “Muka Dia Berkilat Betul”

today12 November 2022

Background

Lagu ‘Sayunk I Love You’ nyanyian Chombi atau nama sebenarnya Siti Maryam, 15, tular di internet, bahkan pemilik suara itu sekarang turut menjadi tumpuan ramai.

Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @syafiq.cools yang memaparkan visual Chombi sedang menyanyikan lagu ‘Sayunk I Love You’ secara live.

@syafiq.cools #chombi #mhitv3 #fypviraltiktok ♬ Sayunk I Love You – Chombi

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji suara penyanyi itu sama seperti dalam rakaman video lagunya walaupun dirinya seakan-akan gementar menyanyi secara langsung.

“Walaupun dia macam nervous.. Tapi dia boleh nyanyi live nokk.. Lembut je.”

Namun, ada juga segelintir yang memberikan komen mengenai wajahnya yang kelihatan bersinar dan berkilat sehingga membuatkan ramai yang tertanya-tanya akan produk yang dipakainya.

“Skincare kilat mat…”

“Muka dia berkilat weh”

“Bersinawwww noww”

Written by: Aqilah


Previous post