
PETALING JAYA: Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak) menyerahkan memorandum mengandungi enam cadangan pembaharuan pendidikan tinggi kepada Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abdul Kadir di Putrajaya.
Dalam kenyataan, NGO kumpulan akademik itu berkata, antara cadangan dikemukakan adalah peruntukan khas menjalankan kajian menyeluruh dan bebas mengenai keadaan sektor pendidikan tinggi, selain mendesak pentadbiran universiti distruktur semula.
“Langkah ini adalah permulaan penting ke arah pembaharuan pendidikan. Sudah terlalu lama, universiti di Malaysia berada di bawah pengaruh Kementerian Pendidikan Tinggi.
“Hubungan ini perlu diubah dari sistem subordinasi politik yang sedia wujud kepada hubungan yang lebih menghormati dan berinteraksi secara kritikal,” menurut ahli jawatankuasa…