Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Gigi Bakal Adakan Konsert Di Malaysia 5 November Ini!

today26 August 2022

Background

Kumpulan Gigi dari negara jiran bakal kembali beraksi buat mengubati kerinduan para peminat di Malaysia.

Kali terakhir kumpulan ini beraksi adalah di Sunburst KL International Music Festival bersama Incubus dan John Legend pada 2008.

Gigi dianggotai oleh Armand Maulana (vokal), Dewa Budjana (gitar), Thomas Ramdhan (bass) dan Gusti Hendy (dram) ini dirindu oleh para peminat terutamanya GigiKita.

Mereka menembusi pasaran Malaysia melalui lagu Terbang yang kemudiannya menjadi siulan ramai dan kegemaran rata-rata para pemuzik pada tahun 1999.

Kemantapan skil mereka dan Armand Maulana selaku vokalis dijadikan idola kerana sering memukau khalayak ramai dengan vokal dan β€˜showmanship’ yang baik di atas pentas.

Tahun ini, dengan bangganya Tanjak Adventure & Tour membawakan Gigi: Nakal di Kuala Lumpur yang akan diadakan di Zepp Kuala Lumpur.

β€œKami sangat berbangga untuk membawakan kumpulan Gigi yang kita tahu diminati kerana skil dan profesionalisme mereka serta lagu-lagu mereka yang hebat.

β€œKami mengharapkan kerinduan peminat dapat terubat pada 5 November ini di Zepp Kuala Lumpur. Kami turut mengalu-alukan sambutan para pemuzik yang meminati permainan Dewa Budjana, Thomas Ramdhan dan Gusti Hendy serta kemantapan vokal Armand Maulana,” ujarnya.

Menurut Gigi, mereka sudah lama menunggu untuk bertemu para peminat di Malaysia.

β€œSudah lama benar kita semua tidak bertemu. Jadi jangan lupa untuk berjumpa di β€˜Gigi: Nakal di Kuala Lumpur’ pada 5 November ini,” ujar Gigi.

Tiket-tiket berharga RM180 (BUDJANA- Free standing), RM200 (ARMAND- free standing) RM250 (HENDY- UPPER DECK), RM350 (THOMAS- UPPER DECK) dan RM450 (NAKAL- Meet and Greet) di www.myticket.asia bermula Rabu, 24 Ogos 2022, pukul 10 pagi.

Para peminat juga boleh menghubungi talian 03-86050196 serta hotline di 0197860144.

Written by: Aqilah


Previous post