Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Gigi Hadid Versi Malaysia” – Warganet Puji Kecantikan Azira Shafinaz

today6 December 2022

Background

Penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz sekali lagi mencuri tumpuan ramai dengan kecantikannya.

Terbaharu, menerusi sebuah perkongsian di laman TikTok, video yang dimuat naik Azira telah berjaya meraih perhatian.

Menerusi hantaran tersebut, Azira memakai baju hitam sambil menggunakan lagu berjudul Boyfriend nyanyian Ariana Grande.

@azirashafinazSo what are we? 👀🤭♬ boyfriend – Ariana Grande & Social House

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet tidak keruan memuji kecantikan rupa parasanya.

“Lawa gila!

“This is what they call Premium Malay.

“Fuhh senyum dia cantik betul!

“Dia makan apa ye? cantik sangat!” komen netizen.

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir yang mengatakan wajahnya itu mirip dengan Gigi Hadid.

“Macam Gigi Hadid.

“Gigi Hadid versi Malaysia.

“Gigi Hadid Malaysia!

“Aaa macam Gigi Hadid.

“Macam Gigi Hadid lah wehh,” komen netizen

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 312,000 tontonan, 43,000 tanda suka dan lebih 390 komen.

Written by: Aqilah


Previous post