
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak memaksa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) membawa pulang hasil daripada pelaburan asing untuk mengukuhkan nilai ringgit, kata Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan.
Sebaliknya kerajaan hanya menggalakkan syarikat berkenaan membawa pulang sebahagian keuntungan daripada pelaburan asing.
“Kerajaan tidak akan memaksa GLIC (dan GLC) membawa pulang dana atau (hasil daripada) pelaburan kerana boleh menjejaskan rakyat dan ekonomi,” katanya kepada Dewan Rakyat.
“Mereka hanya akan diminta berbuat demikian apabila terdapat keuntungan kepada pelaburan tersebut, dan kita telah melihat usaha bersepadu antara antara GLIC serta Bank Negara Malaysia (BNM) yang membuahkan hasil apabila dalam tempoh satu minggu lebih ini,…