Di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, kerajaan telah memberikan banyak kelonggaran kepada kita. Antaranya adalah majlis perkahwinan, pertunangan atau majlis sosial yang sudah pun diberi kelonggaran untuk diadakan dengan syarat tidak melebihi dari 250 jemputan. Kita juga perlu mengamalkan norma baharu seperti jaga jarak sosial, memakai pelitup muka dan sebagainya. Kita pasti akan merindui aktiviti-aktiviti yang dilakukan semasa tempoh PKP kan?
https://player.whooshkaa.com/episode?id=685305
Tidak ketinggalan, Geng Pagi Hot di dalam sedutan segmen ‘English Hot‘ bersama Teacher Faty. memberitahu antara aktiviti yang paling dirindui Shuib adalah melancong. Katanya disebabkan terlalu penat bekerja, perkara yang paling ingin dibuat adalah untuk pergi melancong di Amsterdam bersama keluarganya. Lain pula dengan Shuk, dia sangat rindukan untuk pulang ke kampung. Disebabkan PKP, Shuk tidak dapat pulang ke kampung seperti kebiasaan.

Manakala, Fizie pula rindukan untuk pergi karaoke bersama dengan kawan-kawan untuk menghilangkan stress.
Macam mana pulak dengan korang, apa aktiviti yang paling dirindukan semasa PKP?
Pssst, Jangan lupa dengarkan Geng Pagi Hot setiap Isnin hngga Jumaat 6 pagi sehingga 10 pagi tau!
Post comments (0)