Sepanjang istiadat konvokesyen mesti ada sahaja saat-saat yang tidak dapat dilupakan ataupun momen sedih yang akan berlaku. Tidak terkecuali pada istiadat konvokesyen kali ini.
Perkongsian daripada pengguna twitter @IkhwansYAFIQ sewaktu Istiada Konvokesyen UiTM 90 di Dewan Taming Sari, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah pasti buat korang tak kering gusi.
https://twitter.com/IkwanSyafiq/status/1115988992254603265
Menurut Ikhwan, ketika istiadat itu berlangsung, dia bertugas sebagai pembaca nama graduan dan ketika kejadian dia sedang mengajar rakannya untuk menyebut nama-nama graduan sebelum tiba-tiba dewan gamat dengan suara-suara penerima skrol pada siding tersebut.
Video berdurasi 10 saat yang dikongsikan Ikhwan menerusi laman twitternya mendapat lebih 19,000 retweets dan 11,474 likes sejak ia dimuat naik.
Post comments (0)