
PETALING JAYA: Pemimpin Umno Sabah menafikan Presidennya Zahid Hamidi cuba mengamalkan strategi ‘pecah dan perintah’ dengan menubuhkan Jawatankuasa Komuniti Desa Madani (JKDM) menerusi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) diterajuinya.
Ketua Penerangan Suhaimi Nasir menegaskan dakwaan dibangkitkan rakan sejawatnya dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Joniston Bangkuai bahawa jawatankuasa itu bertujuan mengukuhkan kedudukan Umno di negeri itu sebagai tidak berasas.
Ahli Parlimen Libaran itu berkata tidak timbul isu pertindihan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dengan JKDM yang ditubuhkan bagi membangunkan ekonomi masyarakat desa dan bukan mentadbir kampung.
“Lagi pun JKKK sahaja tidak cukup tangan untuk berkhidmat kepada ribuan penduduk dalam sesebuah kampung.
“Sepatutnya GRS berterima kasih,…