
PUTRAJAYA: Lim Guan Eng sekali lagi gagal dalam permohonannya untuk memindahkan kes rasuahnya membabitkan terowong dasar laut ke Mahkamah Tinggi.
Panel tiga hakim, yang dianggotai pengerusi Nor Bee Ariffin, serta Che Mohd Ruzima Ghazali dan Hashim Hamzah berkata, dua persoalan yang dikemukakan Lim telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan, iaitu mahkamah tertinggi.
Che Ruzima, yang menyampaikan penghakiman, berkata perbicaraan boleh kekal di Mahkamah Sesyen memandangkan mahkamah tertinggi telah memutuskan mengenai persoalan perundangan terbabit.
“Rayuan ditolak kerana perayu (Lim) gagal memenuhi syarat pemindahan kes (dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi),” katanya.
BERITA LANJUT MENYUSUL