Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

Gundah Single Terbaru Ernie Zakri

today18 December 2019

Background

Pemenang Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32), Ernie Zakri kini tampil dengan single terbaharu berjudul Gundah.

Gundah diedarkan oleh syarikat rakaman Rocketfuel Network dan merupakan hasil ciptaan serta lirik oleh Ernie sendiri bersama Sharon Paul. Jom kita dengar!

Cinta yang kau beri ku penuh rasa
Lelah rindu juga bahagia
Lebur hatiku dengan kata-kata
Dunia hancur punah retak sejuta


Setelah aku kau pergi meninggalkan
Terkaku ku dalam kegelapan


Biar rasa ini membunuhku
Biar rindu ini menghukumku
Apa jua namun dia tahu
Cintaku utuh bila disampingmu


Simpan segalanya
Teguh agar jiwa tiada rasa


Akulah rindu yang kau bawa pergi
Tenggelam bersama senja hari
Dan malam ku penuh dengan emosi
Ku pendamkan walau parah ku sembunyi


Setelah aku kau pergi meninggalkan
Terkaku ku dalam kegelapan


Biar rasa ini membunuhku
Biar rindu ini menghukumku
Apa jua namun dia tahu
Cintaku utuh bila disampingmu


Simpan segalanya
Biar pudar semua
Agar jiwa ini tiada rasa


Telah ku gagah bertahan
Namun rapuhnya
Tapi ku rela
Jiwa ku bersamamu


Apa jua namun dia tahu
Cintaku utuh bila disampingmu


Biar rasa ini membunuhku
Biar rindu ini menghukumku
Apa jua namun dia tahu
Cintaku satu


Simpan segalanya
Teguh agar tiada rasa

Sejak dilancarkan pada 13 Desember lalu, lirik video Gundah telah meraih lebih 131,000 jumlah tontonan di laman Youtube.

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *