Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Guru agama mesti jalani latihan perlindungan kanak-kanak, kata aktivis

today24 January 2025

Background


Jenayah seksual melibatkan agamawan semakin meningkat, menurut polis. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang aktivis menggesa guru agama diberi latihan mengenai langkah-langkah perlindungan kanak-kanak, susulan laporan mengatakan kes jenayah seksual membabitkan tokoh agama semakin meningkat.

Pengasas bersama Yayasan Chow Kit, Hartini Zainudin, menyoal mengapa agamawan dikecualikan daripada latihan sedemikian.

“Sesiapa sahaja yang berhubung dengan kanak-kanak mesti dididik tentang hak dan perlindungan kanak-kanak,” katanya kepada FMT.

Beliau juga mencadangkan modul Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) Kementerian Pendidikan diajar di sekolah agama, dan guru mereka diberi latihan yang sewajarnya supaya mereka menyampaikan maklumat yang betul kepada murid.

Awal bulan ini, Kosmo memetik Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita, dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Siti Kamsiah Hassan, sebagai berkata jenayah seksual melibatkan guru agama dan pendakwah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: 'Ainin Wan Salleh


Previous post