Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Guru disyaki ada masalah mental bikin ‘kecoh’ di pekarangan mahkamah

today25 August 2022

Background



Ketua Polis Sentul Beh Eng Lai, berkata siasatan mendapati individu berkenaan merupakan guru yang mempunyai masalah mental. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang lelaki yang membuat kecoh di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dipercayai mempunyai masalah mental.

Ketua Polis Sentul Beh Eng Lai, berkata siasatan mendapati individu berkenaan merupakan guru.

Katanya, suspek hadir ke mahkamah bagi menghadiri perbicaraan kes penyelewengan dana 1MDB berjumlah RM2.28 billion membabitkan bekas perdana menteri, Najib Razak, namun tidak dibenarkan masuk kerana tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kes.

“Apabila sampai di pekarangan mahkamah, lelaki tersebut bertindak membuat ucapan dengan suara yang lantang dan kuat ke arah media yang sedang membuat liputan perbicaraan kes 1MDB melibatkan Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Kuala Lumpur.

“Suspek kemudiannya diarahkan oleh pihak polis untuk beredar supaya tidak mengganggu ketenteraman awam. Siasatan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post