Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Hafidz Roshdi Terharu Dengan Pesanan Sharnaaz Ahmad

today15 March 2023

Background

Minggu ini hangat di media sosial susulan pelakon Hafidz Roshdi diperintahkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu untuk dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri.

Sejak kemelut rumah tangga Hafidz dan bekas isterinya, Nur Nurul Shuhada Mat Shukri bermula, ternyata ramai pihak yang memberi pelbagai reaksi mahupun sokongan kepada pasangan ini.

Semalam, tidak terkecuali aktor popular, Sharnaaz Ahmad turut menitipkan nota buat Hafidz agar kekal tabah dan kembali sihat.

ARTIKEL BERKAITAN: Sharnaaz Ahmad Titip Nota Untuk Hafidz Roshdi – β€œCepat Sembuh & Kembali Betulkan…”

Terbaharu, Hafidz tampil memberikan respon terhadap pesanan Sharnaaz tersebut di Instagram (IG) hari ini.

“As Salam Bro Sharnaaz.

“Terima kasih banyak-banyak sahabatku kerana telah meluangkan masa untuk menulis nota yang sangat bermakna bagi menjalani proses ini.

“I’m so touched bro!,” tulis Hafidz.

Dalam pada itu, Hafidz turut berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan kepadanya.

“Tidak lupa juga kepada rakan selebriti, rakan-rakan, peminat, ahli keluarga dan media yang sentiasa mendoakan baik-baik buat Hafidz.

“Hanya Allah SWT dapat membalas jasa kalian,” tutupnya.

Pada Isnin, Hafidz mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan isterinya di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya pada 2 Mac lalu.

Terdahulu Hafidz ditahan pada 10 Mac lalu bagi membantu siasatan dalam kejadian menumbuk isterinya ketika hadir di Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah dan Umar.

Written by: Aqilah