
PETALING JAYA: Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor yakin Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-Pakatan Harapan (PH) Plus kembali memerintah selepas PRN Sabah nanti.
Hajiji berkata, keyakinan itu berdasarkan perkembangan politik semasa dan penerimaan rakyat terhadap kerajaan sedia ada di negeri itu.
Pengerusi GRS berkata, gabungan berkenaan memiliki kekuatan meneruskan khidmat kepada rakyat dan membangunkan Sabah ke tahap lebih baik.
“Saya tahu kekuatan parti kita. Insya-Allah, kita akan bersama dengan PH Plus, kita tetap akan menjadi kerajaan selepas PRN nanti.
“InsyaAllah, jangan takut, rakyat mahukan perubahan dan mahukan GRS-PH Plus ini terus memerintah negeri,” katanya menurut Berita Harian.
DUN Sabah akan terbubar secara automatik pada Oktober tahun depan, diikuti PRN yang perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.
Tambahnya lagi, banyak perkara perlu diambil kira bagi menghadapi PRN Sabah, termasuk…