Pelakon popular, Fasha Sandha berkongsi berita sedih apabila mengumumkan kandungannya yang bakal memasuki usia dua bulan keguguran.
Fasha yang baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Aidil Aziz pada 30 Mac lalu berkongsi perkara itu menerusi laman Instagramnya pada Isnin.
https://www.instagram.com/p/Bygsdw5lZXS/
Fasha turut meminta maaf kepada suami tercinta dan kedua anaknya iaitu Rayfal dan Jemyma kerana keguguran tersebut mungkin terjadi akibat dia terlalu aktif.
Lantas, ruangan komen pelakon jelita ini dihujani kata-kata semangat dan ucapan takziah daripada peminat serta teman-teman artis antaranya Bella Astillah, Anzalna, dan Erra Fazira.
Semoga Fasha dan Aidil tabah menerima ujian ini dan didoakan agar pasangan ini sentiasa dimurahkan rezeki di masa akan datang.
Post comments (0)