Selepas hampir 6 hari di kuarantin di rumah, pelakon Hannah Delisha akhirnya kembali pulih daripada demam campak yang dialami.
Menurut pelakon yang popular menerusi drama rantaian 30 Pesanan Suara itu, walaupun penyakit berkenaan menyerangnya, Hannah bagaimanapun yakin bahawa ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku.
Hannah menyatakan perkara yang terjadi pada dirinya itu membuatkan dirinya berasa bersyukur walaupun ia adalah perkara kecil dalam kehidupan.
Dia turut tidak kisah dengan parut yang diperoleh kerana ia mampu membuatkan dia menghargai dirinya sendiri.
https://www.instagram.com/p/B7F5WiDAZhi/
Menurutnya, selama terlantar sakit dirumah membuatkan dia lebih bersyukur atas kurniaan Ilahi atas segala yang dipinjamkan kepadanya.
Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata turut bersetuju dengan kapsyen yang ditulis selain meraih respon positif daripada pengikutnya.
Semoga Hannah cepat sembuh dan pulih seperti sedia kala supaya dapat meneruskan aktiviti ataupun setiap pekerjaan yang dilakukan dengan mudah..
Post comments (0)