Connect with us

Story

Hantar Barang Dengan J&T Pun Menang Giveaway Bernilai Sehingga RM1.5 Juta? Wow!

Macam macam cara boleh menang dengan J&T Express Indahnya Bersama Anda, jom la sertai sekarang!

Published

on

 

Sepanjang PKP tahun lepas, memang servis kurier lah paling tak menang tangan. Yelah, bila semua shopping mall tak boleh beroperasi, memang shopping online jelah. Tambah-tambah dalam musim pandemik, memang tiap-tiap hari ada je barang sampai.

Selain memudahkan, servis kurier ni juga pantas, tahu-tahu je dah sampai depan rumah. Haa..sebelum tu, apa kata kami kongsikan dulu antara sebab kenapa rakyat Malaysia ni suka sangat guna servis kurier.

Eh, dengar cerita, korang juga berpeluang untuk rebut hadiah sehingga RM1.5 juta tau. Wow!

Lebih selamat!

Walaupun banyak perkara dah kembali seperti normal, tapi COVID-19 masih ada dan kita perlu jaga diri kita tau. Sebab tulah masih ramai yang tak berani keluar untuk beli barang dan lebih selesa menggunakan servis kurier. Tak payah bersesak dengan ramai orang dan lebih selamat!

Jimat masa, tenaga dan wang!

Kebanyakan yang beli barang online ni, sebenarnya malas nak bersiap keluar rumah. Lepas tu, kalau nak ke kedai tu kena drive, nak cari parking, beratur dan macam-macam lagi lah.

Kan senang kalau guna servis kurier, tahu-tahu barang dah sampai depan pintu rumah. Tak payah keluar duit minyak, bayar tol dan parking. Jimat masa lagi!

Boleh bayar online!

Zaman sekarang ni, segala-galanya di hujung jari je. Tambah-tambah dalam musim pandemik ni, seelok-eloknya elakkan bersentuhan. Yang bestnya kalau beli barang dengan servis kurier ni, ada kemudahan bayaran tanpa tunai (cashless), jadi korang boleh bayar online siap-siap dan tunggu barang korang sampai.

Yang lagi best, boleh menang hadiah bernilai sehingga RM1.5 juta dengan J&T. Wow!

Biar betul? Tak percayalah!

Siapa je tak kenal J&T Express kan? Kalau pos barang tu, kadang-kadang sehari je dah sampai. Mantap!

Atas sokongan yang berterusan selama ini, J&T Express sebagai syarikat servis penghantaran (kurier) pilihan rakyat Malaysia, ingin berterima kasih kepada semua pelanggannya. Jadi, sebagai penghargaan kepada korang semua, J&T Express mengadakan Kempen Indahnya Bersama Anda dengan giveaway yang memang awesome!

Kalau korang nak tahu, ia merupakan giveaway terbesar yang pernah diadakan oleh J&T Express sejak penubuhannya pada 2018 tau!

Ada banyak hadiah menarik yang bakal korang bawa pulang seperti Eardbud Realme Q2, Bar Emas, Oppo Reno 5, Motosikal Yamaha, Proton X70 dan baucar servis Proton. Cool habis!

1 Parcel, 1 penyertaan!

Mesti korang dah tak sabar nak tahu cara-cara menyertainya kan? Jom ikuti langkah-langkah di bawah:

1. Hantar bungkusan/parcel menggunakan perkhidmatan J&T Express. Lebih banyak kiriman, lebih tinggi peluang korang untuk menang.

2. Semua bungkusan E-waybill yang dikumpul akan dipilih secara rawak melalui sistem cabutan digital.

3. Sertai sesi cabutan bertuah yang diadakan dalam FACEBOOK LIVE J&T Express. Siapa tahu mungkin korang antara yang bertuah!

Nak tahu lebih lanjut tentang syarat-syarat penyertaan, korang boleh klik sini. 

*Tertakluk terma dan syarat

Tempoh peraduan: 1 November 2021 – 30 November 2021

Jadi, apa lagi yang korang tunggu. Jom jadikan J&T Express sebagai servis kurier nombor satu di hati korang sambil merebut peluang untuk memenangi hadiah-hadiah hebat!

Untuk maklumat lanjut tentang Kempen Indahnya Bersama Anda , layari laman web, Facebook dan Instagram J&T Express.

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7710 8822
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
FREKUENSI HOT FM DI KOTA BHARU KINI 88.6FM
FREKUENSI HOT FM DI KOTA BHARU KINI 88.6FM
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Hot FM
secara live di aplikasi
Tersedia di