Walaupun sudah banyak lagu raya yang keluar setiap tahun, namun lagu raya Tokti juga yang melekat di hati seperti Nazam Lebaran, Air Mata Syawal, Anugerah Aidilfitri, Sesuci Lebaran dan banyak lagi.
Tokti juga kini sering membuat live di akaun media sosialnya untuk mengubat rindu para peminat yang teringin mendengar beliau menyanyi secara langsung.
Namun, tular pula sebuah video baru-baru ini memaparkan anak keduanya iaitu Afwa selamba menutup lagu ketika Tokti sedang menyanyi telah mencuit hati ramai.