Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Happy Birthday Love, Nasib Baik Ingat” Syafiq Kyle Usik Mimi Lana

today21 November 2019

Background

Selamat hari jadi! kepada pelakon cantik manis Mimi Lana atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana binti Zainal Abidin!

Pelakon yang sebelum ini salah seorang peserta Dewi Remaja itu dilahirkan pada 21 November 1995 dan kini berusia 24 tahun.

Terbaharu, menerusi laman Instagram (story) milik teman lelakinya yang juga pelakon Syafiq Kyle memaparkan mereka menyambut ulangtahun kelahirannya di sebuah restoran malam tadi.

“Happy Birthday Love, nasib baik ingat”, usik Syafiq Kyle terhadap Mimi Lana.

Video yang berdurasi selama beberapa saat itu turut menyaksikan pelakon yang popular menerusi drama rantaian Nur menyanyikan lagu hari jadi buat teman wanitanya.

Terbaharu, mereka digandingkan dalam filem Pusaka yang kini masih lagi ditayangkan di pawagam, dan telah berjaya meraih kutipan sebanyak lebih 11 juta selepas 18 hari dipertontonkan kepada umum.

Written by: Azra Azuar


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *