Penyanyi lagu Lembah Kesepian, Haqiem Rusli bakal berangkat ke tanah suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah pada Khamis ini.
Tidak keseorangan, penyanyi berusia 21 tahun itu akan ditemani keluarga besarnya.
“Saya sebenarnya menyimpan hasrat untuk menunaikan umrah, sejak tiga tahun lalu. Justeru, saya amat bersyukur apabila impian itu akhirnya tercapai juga. Apatah lagi, saya bakal menunaikan umrah bersama keluarga dan sanak-saudara.
“Saya amat bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci pada usia 21 tahun,” katanya ketika ditemu bual wartawan, Farhana Ab Rahman.
Haqiem juga berharap segala urusannya dipermudahkan sepanjang berada di Makkah.
Sumber: Berita Harian
Post comments (0)