
KUALA LUMPUR: Penyasaran subsidi ke atas diesel yang diumumkan kerajaan hari ini dengan kadar ketetapan harga RM3.35 bagi seliter, dilihat berupaya memberi impak positif kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, kata pakar ekonomi.
Barjoyai Bardai dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia berkata ia berdasarkan kadar penggunaan bahan api itu di Malaysia yang mencatatkan peningkatan 10.8 bilion liter pada tahun lalu berbanding 6.2 bilion liter, pada tahun sebelumnya.
“Kalau permintaan diesel terus meningkat, ini juga akan beri kesan positif kepada ekonomi sebab harga jualan meningkat kepada RM3.35 ringgit seliter sekali gus memberi kesan positif kepada KDNK negara.
“Malah, dengan pengumuman harga baharu diesel ini juga, saya lihat kerajaan mampu membuat penjimatan sebanyak RM4…