Tular di laman sosial Twitter pengacara dan pelakon jelita, Neelofa apabila dia memberi reaksi terkejut dengan harga murah yang ditawarkan di pasar raya Elewsmart milik pendakwah terkenal, Ebit Lew.
Masyaallah, murah betul. Semoga usaha Ustaz Ebit Lew sentiasa dipermudahkan. https://t.co/LfWGpQDRDE
— Neelofa (@Neelofa) July 11, 2020
Menerusi risalah pasar raya yang dipaparkan, harga promosi ketika pembukaan Elewsmart yang ditawarkan adalah sangat murah dan tidak masuk akal.
Neelofa membalas petikan ciapan di Twitter itu dengan berkata,
“Masyaallah, murah betul. Semoga usaha Ustaz Ebit Lew sentiasa dipermudahkan”
Ciapan Neelofa itu telah mendapat lebih 32 ribu likes dan 19 ribu retweet daripada pengikut laman sosial tersebut.
Sementara itu, ada juga pengikut laman sosial di Twitter Neelofa yang mencadangkan Neelofa untuk berkerjasama dengan Ebit Lew.
Sumber : Twitter @makmerah89

Sumber : Twitter @balmond888

Sumber : Twitter @alepppppp_
Mana lah tahu suatu hari nanti Neelofa buka “LofaMart” pulak kan?

Sementara itu, baru-baru ini Neelofa juga ada menubuhkan kebajikan pertamanya iaitu Pertubuhan Kasih Neelofa, yang dibangunkan untuk membantu golongan yang memerlukan.
Katanya, dia sudah lama berhajat membangunkan pertubuhan demi membantu golongan kurang bernasib baik.
Alhamdulilah, sama-sama kita doakan supaya usaha murni Neelofa ini berjaya membantu golongan yang betul-betul memerlukan. Semoga terus sukses dan dimurahkan rezeki!
Post comments (0)