Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Malam bersejarah!
Peminat bola sepak tempatan bersorak gembira apabila skuad Harimau Malaya berjaya menewaskan Bangladesh, 4-1 dalam aksi terakhir Kumpulan E, Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kemenangan tersebut menyaksikan pasukan kendalian Kim Pan Gon menamatkan penantian selama 43 tahun untuk layak secara merit ke pentas kejohanan paling berprestij di Asia itu selepas kali terakhir melakukannya pada 1979 ketika Kelayakan Piala Asia 1980.
Dalam perlawanan itu, skuad Harimau Malaya terlebih dahulu membuka akaun jaringan melalui sepakan penalti yang disempurnakan oleh Safawi Rasid pada minit ke 16 selepas Matthew Davies menerima terjahan keras daripada pemain lawan.

FOTO: PFAM (Syamil Rosli)
Safawi juga hampir menjaringkan gol kedua untuk negara pada minit ke 18 namun tandukkannya berjaya ditepis oleh penjaga gol Bangladesh, Anisur Rahman. Anisur juga…