Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] Sesi Pengkebumian Emmeril Kahn Mumtadz Ditangisi, Keluarga Beri Keizinan Orang Ramai Beri Penghormatan Terakhir

today14 June 2022

Background

Suasana pilu dapat dirasai bukan sahaja oleh ahli keluarga Allahyarham Emmeril Kahn Mumtadz atau lebih mesra disapa dengan panggilan Eril, malah jutaan penduduk Indonesia turut bersedih.

Sementara itu, upacara memberikan penghormatan terakhir yang dijalankan juga diselubungi perasaan hiba seluruh rakyat dan keluarga apabila solat jenazah diimamkan sendiri oleh ayah beliau yang juga Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil di Gedung Pakuan, Bandung Indonesia pada Isnin.

Memetik laporan inilah.com, pihak keluarga Allahyarham turut memberi keizinan buat masyarakat untuk melawat dan memberi ucapan selamat tinggal buat arwah.

 

 

Sementara itu, Ridwan Kamil dan isteri dilihat sempat berkongsi suasana pilu ketika membawa jenazah anak kesayangan mereka ke tanah perkuburan menerusi muat naik video di Instagram mereka bersama ucapan selamat tinggal yang ditulis dari seorang bapa dan ibu kepada arwah anaknya menerusi ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ridwan Kamil (@ridwankamil)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by atalia praratya (@ataliapr)

 

Terdahulu, jenazah Emmeril Kahn Mumtadz ditemui di pintu kawasan perairan Engehalde, Bern selepas 14 hari dilaporkan hilang di Sungai Aare, Switzerland oleh seorang guru bernama Geraldine ketika beliau sedang menuju ke sekolah.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] 14 Hari Hilang Di Sungai Aare Switzerland, Anak Gabenor Indonesia Kini Ditemui Dalam Keadaan…

ARTIKEL BERKAITAN:Guru Sekolah Temukan Jasad Eril Terima Penghargaan – β€œDanke Mrs. Geraldine. Hatur Nuhun. Terima Kasih”

Written by: Salma


Previous post