Pelakon dan penyanyi, Fattah Amin mencuri perhatian selepas menitipkan ucapan buat anak perempuan tunggalnya, Nur Fatima Aisya menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Selain berkongsi foto mereka berdua, Fattah memaklumkan, meskipun dia hanya dapat berjumpa dengan anaknya dalam waktu yang singkat, namun dia mahu Fatima tahu bahawa dia sentiasa ada untuknya.
“Fatima, jangan bersedih… meski tadi Daddy memeluk dirimu sejenak saja, karena yang perlu kamu tahu, hati Daddy memelukmu selamanya,” tulisnya.
View this post on Instagram
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sebak melihat keakraban yang terjalin antara keduanya.
Malah, ramai yang mendoakan agar kasih sayang antara fatima dan Fattah akan terus kekal selamanya meskipun mereka sudah tidak tinggal bersama.




Sekadar info, selepas prosiding perceraiannya selesai, Fattah telah bersetuju untuk memberikan hak penjagaan anaknya kepada bekas isteri, aktres jelita Nur Fazura Sharifuddin.
Peguam mewakili aktor itu iaitu, Syamimi Ab Rahman berkata, keputusan itu dibuat selepas Fattah dan Fazura bersetuju dengan segala terma yang telah ditetapkan.