Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Hati Yuna Tetap Teguh Bersama Palest*n, Dianggap Tak Waras Kerana Tolak Kerjasama Jenama Terkemuka

today20 May 2024

Background

Penyanyi Yuna mendedahkan dirinya pernah dianggap tidak waras kerana menolak untuk bekerjasama dengan jenama terkemuka Pro-Israel, sejak 3 November lalu.

Menurut Yuna, rakan-rakannya menyifatkan keputusan itu tidak bagus untuk kariernya, namun hatinya tetap teguh mempertahankan nasib mereka yang berjuang di Palestin.

“Saya pernah beritahu rakan-rakan di Los Angeles dan Kuala Lumpur tentang keputusan berhenti bekerjasama dan memakai jenama ‘Z’ pada November 2023.

“Ada rakan saya kata saya gila dan ia tidak bagus untuk saya, malah ada di antara mereka menukar topik perbualan apabila saya beritahu melihat foto menyayat hati dari Gaza dan ada yang menukar topik, ada juga yang menayang gincu dan sebagainya,” katanya menerusi perkongsian di Instagram.

Mengakui dirinya tidak sempurna, Yuna bagaimana pun mahu lakukan yang terbaik untuk menunjukkan sokongan terhadap negara yang ditindas oleh golongan Zionis itu.

β€œTak salah untuk mencuba, hanya perlu berani dan ada tulang belakang (sokongan).

β€œTerfikir tak ada orang yang kehilangan pekerjaan, biasiswa, ditangkap, disiksa dan diganggu kerana bercakap tentang genocide?,” jelasnya.

Dalam pada itu, Yuna turut berkongsi kepayahan yang dialaminya gara-gara nekad memberikan sokongan kepada Palestin.

Malah, dia berharap agar orang ramai sedar dan terus bersatu hati memboikot jenama Pro-Israel demi menghentikan kekejaman yang berlaku di Palestin.

“Ada lelaki mengambil foto saya memakai rantai tembikai (bendera Palestin) untuk menakut-nakutkan saya.

“Instagram juga meminta peminat melaporkan akaun saya. Kita semua kena korbankan sesuatu. Ia tidak akan menjadi jika peminat memboikot restoran makanan segera dan kami mempromosikan beg $10,000.

β€œKita kena bersatu. Ribuan kanak-kanak di Gaza terkorban setiap hari dan kita tidak boleh nak berpura-pura tidak tahu bawah 90% jenama itu penyumbang kepada mereka untuk membeli peluru dan senjata,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Y U N A (@yuna)

Written by: Aqilah


Previous post