Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Sering Terima Mesej & Foto Lucah, Diana Danielle Beri Amaran!

today20 May 2024

Background

Penyanyi dan pelakon, Diana Danielle mendedahkan dirinya sering menerima kiriman mesej lucah di Instagram termasuk foto-foto tidak senonoh setiap hari.

Menerusi muat naik di Instagram, Diana tidak mendedahkan identiti dan mesej individu tersebut namun terpanggil untuk memberi β€˜amaran’ bahawa mesej-mesej berbaur gangguan seksual boleh dikenakan tindakan.

β€œSaya tak akan siarkan apa yang dia tulis tapi ia adalah gangguan. Mereka fikir boleh katakan apa sahaja yang mereka mahukan di media sosial.

β€œTetapi tidak, ingat apa sahaja yang ditulis di media sosial boleh digunakan sebagai bukti terhadap awak.

β€œSaya ada β€˜screenshot’ apa dia tulis, cuma malas nak ambil tindakan. Jangan ulangi kesalahan ni, bukan semua orang jenis penyabar ya,” selarnya.

Diana Danielle

Dalam perkongsian sama, aktres filem popular Imaginur ini turut memberi pesanan terakhir kepada pengikutnya untuk berhenti mengirimkan mesej lucah sebelum tindakan diambil.

β€œSebagai selebriti, saya dapat mesej seperti ini setiap hari, selain dapat foto-foto yang melampau.

β€œOrang zaman sekarang mereka tak tahu perkara tersebut boleh dikenakan tindakan.

β€œAda akta baharu untuk melindungi orang daripada menjadi mangsa-mangsa individu yang tak stabil.

β€œKepada mereka yang tak sihat dan ada masalah mental, segera dapatkan bantuan dan hentikan semua ini dengan segera,” akhirnya.

Artikel Berkaitan:Β β€œJaga Diri & Keluarga Dulu Sebelum Kritik Orang Lain” – Diana Danielle Bengang Sikap Tak Terkawal Netizen Suka Jaga Tepi Kain Orang

Artikel Berkaitan:Β Β Ketepikan Rasa Takut, Diana Danielle Mahu Sebar Kesedaran Tentang Kesihatan Mental Di Media Sosial

Written by: Aqilah


Previous post