Sejak diumumkan tayangannya awal tahun ini, pelbagai teori dan spekulasi timbul mengenai jalan cerita filem Avengers: Endgame yang akan mengumpulkan beberapa watak penting termasuklah Captain America, Thor dan Hulk menentang musuh mereka iaitu Thanos.
Selain teori, peminat juga tak sabar menantikan kemunculan sulung Captain Marvel dalam siri terbaru The Avengers ini.
Namun, pelakon memegang watak Hawkeye dalam siri adiwira The Avengers, Jeremy Renner bersama dua pelakon lain, Robert Downey Jr yang membawa watak Iron Man dan Brie Larson (Captain Marvel) mendedahkan mereka juga belum menonton keseluruhan filem Endgame itu.
Kenapa? Ini kerana mereka mahu bersama-sama merasai keseronokan dan menjawab teka-teki bersama peminat.
Menurut Jeremy, tayangan perdana filem itu akan berlangsung minggu depan dan ketika itulah baru mereka tahu keseluruhan ceritanya.
Untuk pengetahuan, tayangan Avengers: Endgame yang juga sambungan kepada Avengers: Infinity War tahun lalu di Malaysia adalah dua hari sebelum tayangan perdana di Amerika Syarikat.
Dalam pada itu, filem tersebut turut mencetus fenomena apabila ada individu yang menjual tiket tayangan awal filem ini dengan harga mencecah RM1,000 sekeping!
Avengers : Endgame bakal ditayangkan di Malaysia mulai 24 April ini. Jom serbu pawagam ramai-ramai!
Post comments (0)