Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

Hayley Williams Bakal Bergerak Solo?

today30 December 2019

Background

Nampaknya sudah dua tahun sejak terakhir kali Paramore mengeluarkan album ke-5, After Laughter.

Namun baru-baru ini vokalisnya Hayley Williams bakal mengeluarkan lagu baharu dan paling menarik lagu tersebut hanya dinyanyikan secara solo olehnya.

Menjengah ke laman Twitter rasmi milik penyanyi tersebut, Hayley menyatakan satu pengumuman tentang perkara berkenaan.

https://twitter.com/yelyahwilliams/status/1210728345387716608?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1210728345387716608&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.billboard.com%2Farticles%2Fcolumns%2Fpop%2F8547127%2Fhayley-williams-new-solo-music-2020

“Saya akan melancarkan beberapa lagu tahun depan. Dengan bantuan rakan-rakan terdekat, saya mencipta sesuatu yang boleh dipanggil milik saya sendiri,” tulisnya.

Penyanyi yang suka menukar warna rambutnya itu juga turut menyatakan projek tersebut adalah projek yang paling istimewa.

“Anda boleh mendengarnya Januari nanti,” tambah Williams.

Pengumuman itu juga turut  ditulis bersama dengan ungkapan terima kasih atas ucapan ulang tahun hari jadinya yang disambut pada 27 Disember 2019.

 

Sumber gambar daripada: Wire Image
Artikel: Billboard.com

Written by: Azra Azuar


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *