Vokalis kumpulan Paramore Hayley Williams pada 30 Januari 2020 telah tampil dengan lagu terbaharunya berjudul Leave It Alone.
Ia adalah lagu yang dinyanyikan secara solo buat kali pertama bukan dengan kumpulan terbabit.
Lagu berkenaan bagaimanapun bukanlah bermakna Hayley tidak lagi bersama kumpulan terbabit malah hanya mahu mencuba sesuatu yang baharu.
Lagu yang mendapat hasil sentuhan daripada Taylor York (Paramore) itu turut ditulis oleh Joey Howard.
Seperti lagu sebelum ini berjudul Simmer, video muzik lagu berkenaan diarahkan oleh individu yang sama iaitu Warren Fu bersama dengan Lindsey Byrnes.
Sehingga kini, lagu berkenaan telah meraih lebih 200,000 jumlah tontonan sejak ia dimuat naik dan pelbagai reaksi positif daripada peminat.
Post comments (0)