PETALING JAYA: Bekas menteri Rafidah Aziz berkata ketirisan, salah urus, dan salah guna yang dikenalpasti dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) menunjukkan budaya integriti di Malaysia terhakis dengan serius.
Rafidah berkata sangat mengejutkan apabila laporan itu menunjukkan betapa seriusnya kehilangan integriti dalam masyarakat hari ini, dengan hampir tiada sektor yang kelihatan tidak dicemari ‘toksik salah guna kuasa’.
Beliau dalam satu kenyataan berkata: “Laporan audit terbaru mendedahkan penyelewengan daripada tadbir urus baik yang melibatkan berbilion ringgit, dan semuanya adalah dana awam. Ketirisan, penyelewengan, dan kecurian seperti itu mesti ditangani dengan serius.
“Ada di antara mereka yang kita letak kepercayaan untuk menjaga bahagian utama kepentingan negara tetapi mengkhianati kepercayaan itu. Mereka didapati cuai, lalai,…